Pages

salam ramadhan


"wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa,
sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, 
mudah-mudahan kamu beroleh takwa,iaitu berpuasa
pada hari-hari yang ditentukan (yakni pada bulan Ramadhan)"
-al-baqarah 183 dan 184-

Alhamdulillah sedar tak sedar kita sudah berada di 10 ramadhan, ini bermakna 1 fasa telah berlalu, kini tinggal 2 fasa lagi berbaki untuk kita terus merebut keberkatan yang ada dalam bulan ramadhan. Mari kita check list diri, check list iman, apakah kita masih di tahap yang sama?makin bertambah atau makin berkurang? Bagi yang berada di tahap yang sama, ayuh kita muhasabah apakah kita mahu membiarkan ramadhan ini berlalu begitu sahaja tanpa ada rasa mahu berubah, tanpa mahu merasa betapa manis dan hebatnya hati kita di berada di bulan ini. Bagi mereka yang semakin berkurang, bangkit wahai diri, bangkitlah iman, jangan kerana sibuk dengan urusan dunia, jangan pula kerana sibuk dengan pesta 'makanan', dan jangan pula kerana sibuk dengan persiapan hari raya kita terus nak membiarkan rohani kita terus lapar tanpa ada rasa sedikit pun kekesalan di hati mahu memberi makanan kepada rohani kita? tetapi kita semakin sibuk memberi makan kepada fizikal tanpa memikirkan betapa laparnya rohani kita, betapa terseksanya rohani kita, jom kita sama-sama check diri, check list iman, sama-sama muhasabah diri.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap redha Allah,
maka dosa-dosanya yang berlalu akan diampunkan.
Sesiapa yang melaksanakan qiam Ramadhan atas dasar iman dan mengharap redha Allah,
maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan.
Sesiapa yang melakukan qiam lailatulqadar atas dasar iman dan menharapkan redha Allah,
maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dalam hadis ini menyebut jika perbuatan kita lakukan dalam bulan ramadhan atas dasar iman dan mengharapkan redha Allah maka dosa-dosa kita akan diampunkan. See betapa hebatnya bulan ramadhan, bulan keampunan. Bagi muslim yang betul-betul memahami apa itu islam apa itu iman apa itu dosa n pahala, pasti begitu ternanti-nantikan bulan keampunan ini, sebab setiap perbuatan yang kita lakukan akan dikira sebagai ibadah sekalipun kita tidur sebentar(qailulah). Antara perkara yang boleh kita lakukan sekirar bulan ramadhan, selain berpuasa, menahan lapar dan dahaga, kita juga nafsu, kita juga boleh mengakrabkan diri kita dengan al-quran.
Sayidina Uthman bin Affan berkata:
“Kalau hati kita bersih, kita tidak akan pernah kenyang daripada al-quran.
Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf al-quran padanya.”

J ika sebelum ini kita jarang-jarang atau kadang-kadang membaca al-quran, apakata pada bulan yang mulia ini, kita mendekatkan diri kita yang jauh dengan al-quran. Daripada membiarkan masa kita terbuang begitu sahaja. Bertadarus bersama-sama ahli keluarga, kawan serumah  atau rakan sepejabat. Sehari 1 juzuk, 30 hari kita boleh mengkhatamkan 30 juzuk! Hebat-hebat J. Makin dekat kita dengan al-quran makin dekat kita dengan sang pencipta. Jika kita mahu hati kita besih dan tenang, dekatkanlah diri kita dengan al-quran, berbicaralah dengan al-quran sebab saat kita membaca al-quran seolah-olah kita berbicara dengan sang pencipta.
Jom sama-sama kita rebut keberkatan yang ada dalam bulan ramadhan, kita tidak mengetahui mungkin ini ramadhan yang terakhir buat kita ! jadikan bulan ramadhan sebagai bulan untuk kita mentarbiyah dan membaiki diri untuk menjadi muslim yang hebat!





Salam ramadhan
Salam satu ummah

0 comments:

Post a Comment