Pages

.::angan yang panjang::.



dalam sehari agak-agak la pernah tak kita lari dari berangan?
rasenya susah kot dalam sehari tak berangan
mesti adanya benda yang di jadikan untuk berangan
berangan nak jadi pandai lah
berangan nak jadi kaya lah
berangan nak ada rumah besar, kereta besar, pangkat yang tinggi
macam-macam lah 
kadang-kadang angan-angan terlampau weird dan terlampau fantasy
susah nak di capai dek akal
macam angan-angan mat jenin
kalau asyik berangan jer tanpa usaha manalah anganan tu menjadi kenyataan
...
...
...

teringat sebuah kisah yang pernah di baca alkisahnya :

Ibnu al-jauzi meriwayatkan daripada ibrahim at-taimi (yang memperolehi daripada bapanya di dalam bukunya berjudul "sifat as-syafwah,") "Suatu hari ketika kami pergi menunaikan ibadah haji. Apabila tiba di  Madinah, kami dapati Abu Dzar r.a sedang berdiri mengerjakan solat. Kami menunggu sehingga beliau selesai sembahyang. Setelah selesai mengerjakan solatnya, beliau menghadap kepada kami dan berkata:
"Saya dibelenggu oleh rasa cinta terhadap hari yang saya tidak ketahui."
Semua orang bertanya kepadanya: "Apakah hari yang engkau tidak ketahui?"
"Angan-angan yang panjang,"jawabnya.
Padahal Abu Dzar r.a yang dikenali sebagai pembesar di kalangan orang-orang zuhud, meskipun begitu beliau tetap takut kepada angan-angan yang panjang. Abu Dzar r.a berhijrah ke Raudhah pada zaman khalifah Usman bin 'Affan r.a.
...
...
...
Lihat Abu Dzar, beliau seorang pembesar yang dikagumi dengan kezuhudan masih lagi takut terhadap angan-angan yang panjang
tapi kita?
terus-terusan melayan angan yang panjang
tanpa sedar kita berada di alam reality
banyak yang  perlu kita hadapi
banyak yang perlu kita lakukan

bangkitlah diri
jangan terus melayan angan yang panjang
angan yang tak sudah-sudah

"dunia ini reality, it's not a fantasy anymore!"

salam ukhwah 
salam satu ummah

.::just a simple one::.


assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh 


just simple intro about myself, 
name di beri  'pembukaan pemimpin bintun perhiasan'
anak sulung,
my adiks said saya seorang along yang garang (garang ker?erkkk ) dan along yang manja
ape-ape jela
garang-garang pun but i still love my siblings
much much :-)
saya garang sebab saya sayang mereka
saya tak mahu mereka mengulangi setiap kesalahan yang pernah saya lakukan 
dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang
suasana seorang pendidik
mendapat pendidikan awal daripada ummi, abah
then bila dah pandai bace sikit-sikit ummi hantar pi tadika
darul quran pasir tumbuh
seterusnya bersekolah di sekolah kebangsaan kampung sireh
selama 5 tahun, jangan tanya kenapa 5 tahun jerk huhuhu
kemudian,
meneruskan langkah ke peringkat menengah di
maahad muhammadi perempuan kota bharu
di sini saya belajar banyak perkara
terlampau banyak!!!
insyaALLAH satu hari nanti bila berkesempatan 
kite berkenalan dengan mmp k!
disini saya belajar mengenai
islam, iman dan ihsan
mengenali apa itu ikhlas
apa itu ukhwah 
apa itu sabar
apa itu ujian
apa itu dakwah 
apa itu da'ie
dan
apa tugasan kita sebagai hamba

seterusnya meneruskan langkah ke
maahad muhammadi perempuan pasir pekan
ok saya belajar dekat sini 7 bulan jerk
untuk STAM
7bulan tapi disini saya belajar
terlampau banyak
syukran atas kenangan itu :-)
 dan kini  saya berada di 
universiti sains islam malaysia
peringkat degree pengkhususan muamalat administration
ramai orang duk tanya course ape tu?
agama ker?
kalau agama kenape?
salah ker?
andai di takdirkan saya seorang pelajaran jurusan agama
usuluddin, syariah, quran dan sunnah dan sebagainya
saya tidak menyesal 
tapi bangga
sebab saya boleh belajar mengenai islam secara detail :-)
matlamat hidup saya hanya simple
 ...
ingin menjadi seorang anak yang solehah untuk ummi dan abah
dan seorang mukmim yang taat kepada perintah tuhannya 
...
...
saya masih baru disini
segala tunjuk ajar amat di alu-alukan
segala salah dan silap harap di beri teguran yang membina ye?

salam ukhwah
salam satu ummah



.::langkahku::.


Ini permulaan langkah ku,

setelah sekian lama memendam rasa,

 setelah sekian lama memendam sepi,

maka ini lah keputusannya,

setelah tekad dengan langkah ini,

sekaliku melangkah maaf aku tidak mungkin berundur kembali…