Pages

habits

tok! tok! tok!

Tukang : Assalamualaikum! B-1-2?, B-1-2?

Me : Waalaikumsalam! kejap!

Tukang: Nie rumah c.zuraidah ahmad puat?

Me : C.zuraidah?nie salah umah nie, tak ade orang name zuraidah kat sini (dengan komfident aku jawap!)

Tukang : Ohhh yeke, tapi kat sini ade orng buat laporan B-1-2, lampu dapur rosak.


Me : hmmm umah sebelah kot!


Tukang : ok, tak pe lah kalau macam tu.


Me : ok.


Beberapa jam kemudian


Me : k.syah, tadi ade orang datang dia cari zuraidah, dia kata ada buat laporan pasal lampu dekat dapur        rosak.


K.Syah : Habis awak cakap ape?


Me : Zaimah cakaplah dia salah umah, yelah mane ade orang nama zuraidah kat sini kan?


K.Syah : Zaimah!!!!!zuraidah tu k.chu!lah!!!


Me : hah?k.chu?tapi...


K.S yah : iyelah, k.chu tu nama samaran jerk, zuraidah name asal dia!


Me : ala...




saje mengimbau kenangan di petang-petang sambil menunggu nak berbuka puasa :-) situasi ni berlaku dalam minggu kedua saya berada di usim dan minggu pertama saya bersama housemates yang lain, tersangat lah tidak boleh melupakannya! apa tidaknya salah sendiri sebab tak taaruf housemate betul-betul, haaa...nie lah yang jadinya.


moral of the story : taaruf itu penting, taaruf adalah tunjang utama dalam usrah! taaruf bermaksud saling mengenali antara satu sama lain, sesi suai kenal. But what always happened to me is, i'm always forgot to start with taaruf!oh my GOD! kalau jumpe seseorang yang rase boleh bawak berbual, kami akan berbual, berbual dan berbual bermacam-macam cerita, tapi last-last lupe nak kenalkan nama masing-masing!oh no! that was me! T_T
 

new ahli bait (II)



Assalamualaikum...apa khabar iman di sana?apa khabar hati kita?apa khabar ramadhan kita?harap-harap semuanya berada dalam keadaan yang baik dan sejahtera, hari nie dah masuk 14 ramadhan, ini bermakna ramadhan semakin lama semakin hendak meninggalkan kita, harap-harap dengan masa yang berbaki nie amal kita masih istiqamah seperti kali pertama kita menyambutnya...insyaALLAH :-)

Masih ingat lagi tak post saya yang terdahulu mengenai new ahli bait? Rasanya sudah agak lama saya membiarkan pembaca tertanya-tanya siapakah?apakah?bagaimanakah?ini manusia ke?benda ke?apa ke? hehehe bukan niat dihati untuk membiarkan pembaca tertanya-tanya tapi, orang kata seni menulis nie kekadang bila idea datang, ia akan mencurah-curah nonstop, but sometimes if its freeze ha...ketuk-ketuk kepala pun kalau tak nak keluar memang tak akan keluar heee...


Soo alhamdulillah hari ni berkesempatan nak sambung cerita 


Actually, new ahli bait saya tu adalah :



.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....

tadaaaaaa...ini lah dia





Cantik bukan? memang tersangat bermanfaat memiliki dia apatah lagi memilikinya dalam bulan ramadhan. saat semua insan berebut-rebut meningkatkan amal ibadah kepadaNYA.


Apakah keistimewannya?

Selain terdapat tafsir-tafsir yang sudah biasa kita lihat dalam al-quran yang lain, dalam alquran miracle the references ini terdapat :


- Asbabunnuzul
eg: al-baqarah, 2:26 : di riwayatkan oleh At-Tabari bahawa Allah menurunkan ayat ini sebagai bantahan atas anggapan dan perkataan segolongan orang kafir yang ingkar terhadap al-quran yang mengatakan, "Allah malu menjadikan permisalan dengan sesuatu yang kecil dan remeh, sekecil lalat, semut, dan makhluk kecil lainnya." Sesungguhnya, hal itu tidak pantas untuk diucapkan mereka.


-Khazanah Pengetahuan
eg: al-baqarah, 2:19 menahan diri dari kemunafikan. Seseorang yang memiliki sifat munafik adalah orang yang bermuka dua dan orang yang sombong. Dengan kehendak Allah, mukmin sejati akan mampu mengetahui tabiat seperti itu. Kenyataan menjelaskan bahawa para rasul Allah diberi penegrtahuan yang ditanamkan dalam diri mereka oleh Allah. Mereka mampu mengenali dan mengetahui orang-orang munafik yang menyembunyikan apa yang sebenarnya difikirkan dengan bersikap munafik serta menampilkan jati diri yang berbeza dari yang sebenarnya.


-Tafsir At-Tabari

-Tafsir Ibnu Kasir

-Hadis Sahih

-Doa dan Zikir
eg: Doa ketika mendengar halilintar ( ya Allah, jangan binasakan kami dengan kemurkaanMU, jangan hancurkan kami dengan siksaanMU. Ampunkanlah kami, sebelum semua itu terjadi).


-Kosakata Mukhtasar At-Tabari

-Munasabah ayat
Golongan Munafik : Pada aya-ayat yang lalu diterangkan golongan orang yang takwa dan golongan yang kafir. Pada ayat-ayat ini Allah menjelaskan manusia golongan ketiga dalam menghadapi islam. Mereka ini dasarnya terlahir dalam keadaan beriman, tetapi batinnya menolak. Golongan ini dinamakan golongan munafik. (al-baqarah, 2:19)




Juga dibekalkan dengan

 






Yang mana dalam risalah ini menerangkan a few things about who is actually bangsa arab, kelahiran dan masa sebelum kenabiaan, masa kenabiaan dan risalah, fasa dakwah, dakwah ke thaif, isra' dan mikraj sehinggalah kepada perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai seperti perjanjian hudaibiyah, juga peperangan-peperangan yang telah berlaku seperti perang khandaq, perang bani quraizah juga terdapat korespondensi dengan beberapa raja dan amir.




See betapa completenya kitab niekan mudah untuk kita-kita or actually saya yang baru nak mendalami lebih dalam tentang tafsir-tafsir alquran. Jangan difikir atau runsing mengenai harga tetapi fikirlah dengan ilmu yang akan kita perolehi ^_^


alhamdulillah semoga jasa murni penulis kitab ini mendalam berkat dan rahmat Allah. amien.




p/s: to my dear friend ruhiyah...nah aku dah jawab siyan mu lame nunggu hehehehe




salam pengetahuan 
salam satu ummah

salam ramadhan


"wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa,
sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, 
mudah-mudahan kamu beroleh takwa,iaitu berpuasa
pada hari-hari yang ditentukan (yakni pada bulan Ramadhan)"
-al-baqarah 183 dan 184-

Alhamdulillah sedar tak sedar kita sudah berada di 10 ramadhan, ini bermakna 1 fasa telah berlalu, kini tinggal 2 fasa lagi berbaki untuk kita terus merebut keberkatan yang ada dalam bulan ramadhan. Mari kita check list diri, check list iman, apakah kita masih di tahap yang sama?makin bertambah atau makin berkurang? Bagi yang berada di tahap yang sama, ayuh kita muhasabah apakah kita mahu membiarkan ramadhan ini berlalu begitu sahaja tanpa ada rasa mahu berubah, tanpa mahu merasa betapa manis dan hebatnya hati kita di berada di bulan ini. Bagi mereka yang semakin berkurang, bangkit wahai diri, bangkitlah iman, jangan kerana sibuk dengan urusan dunia, jangan pula kerana sibuk dengan pesta 'makanan', dan jangan pula kerana sibuk dengan persiapan hari raya kita terus nak membiarkan rohani kita terus lapar tanpa ada rasa sedikit pun kekesalan di hati mahu memberi makanan kepada rohani kita? tetapi kita semakin sibuk memberi makan kepada fizikal tanpa memikirkan betapa laparnya rohani kita, betapa terseksanya rohani kita, jom kita sama-sama check diri, check list iman, sama-sama muhasabah diri.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap redha Allah,
maka dosa-dosanya yang berlalu akan diampunkan.
Sesiapa yang melaksanakan qiam Ramadhan atas dasar iman dan mengharap redha Allah,
maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan.
Sesiapa yang melakukan qiam lailatulqadar atas dasar iman dan menharapkan redha Allah,
maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dalam hadis ini menyebut jika perbuatan kita lakukan dalam bulan ramadhan atas dasar iman dan mengharapkan redha Allah maka dosa-dosa kita akan diampunkan. See betapa hebatnya bulan ramadhan, bulan keampunan. Bagi muslim yang betul-betul memahami apa itu islam apa itu iman apa itu dosa n pahala, pasti begitu ternanti-nantikan bulan keampunan ini, sebab setiap perbuatan yang kita lakukan akan dikira sebagai ibadah sekalipun kita tidur sebentar(qailulah). Antara perkara yang boleh kita lakukan sekirar bulan ramadhan, selain berpuasa, menahan lapar dan dahaga, kita juga nafsu, kita juga boleh mengakrabkan diri kita dengan al-quran.
Sayidina Uthman bin Affan berkata:
“Kalau hati kita bersih, kita tidak akan pernah kenyang daripada al-quran.
Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf al-quran padanya.”

J ika sebelum ini kita jarang-jarang atau kadang-kadang membaca al-quran, apakata pada bulan yang mulia ini, kita mendekatkan diri kita yang jauh dengan al-quran. Daripada membiarkan masa kita terbuang begitu sahaja. Bertadarus bersama-sama ahli keluarga, kawan serumah  atau rakan sepejabat. Sehari 1 juzuk, 30 hari kita boleh mengkhatamkan 30 juzuk! Hebat-hebat J. Makin dekat kita dengan al-quran makin dekat kita dengan sang pencipta. Jika kita mahu hati kita besih dan tenang, dekatkanlah diri kita dengan al-quran, berbicaralah dengan al-quran sebab saat kita membaca al-quran seolah-olah kita berbicara dengan sang pencipta.
Jom sama-sama kita rebut keberkatan yang ada dalam bulan ramadhan, kita tidak mengetahui mungkin ini ramadhan yang terakhir buat kita ! jadikan bulan ramadhan sebagai bulan untuk kita mentarbiyah dan membaiki diri untuk menjadi muslim yang hebat!





Salam ramadhan
Salam satu ummah

new ahli bait

alhamdulillah pada 7 ramadhan yang lalu kami sekeluraga telah menerima ahli bait yang baru
tak sangka dia akan datang secepat ini  
dan tak sangka semudah itu
seperti yang selalu kita dengar benda baik perlu dipercepatkan
dan benda yang baik selalunya dengan mudah kita akan memperolehinya.
sebelum dia datang ke rumah
banyak yang perlu kami fikirkan
dan saya pernah berkata :
"mungkinkah dia akan datang?tapi bila?sempatkah aku bertemu dengan dia sebelum aku kembali ke kampus?
ummi pernah berkata :
"ummi berkenan lah dekat dia  tu, cantik, mudah, senang dan bermanfaat, sesuai sangat lah untuk di jadikan sebagai ahli bait kita. Ramai orang berkenan dekat dia"
hhmmmm
dalam hati berkata :
" ya Allah tak sabar rasanya nak tengok, macam manelah rupanya ya?hope-hope aku sempatlah nak jumpa dengan dia"(^_^)
...
...
...
dan kini akhirnya kami berjaya memiliki dia
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
syukur kehadrat ilahi kerna kami sekeluarga berkesempatan memilikinya
dan ya...
semoga kehadiran dia membawa seribu satu rahmat dalam hidup kami
semoga awak tak menyesal menjadi sebahagian daripada keluarga kami ya
semoga awak boleh menjadi petunjuk dalam hidup kami
semoga awak boleh menjadi pembimbing kepada kami
dan bila saya, ummi dan abah, adik-adik saya terlalai atau terlupa
saya harap bila kami lihat awak,
kami akan cepat-cepat sedar dan insaf
kami akan segera merujuk kepada awak
dan sekarang apa yang boleh saya katakan
saya dah jatuh cinta dekat awak!!!
awak...
harap-harap awak tak menyesal menjadi ahli bait kami
insyaAllah saya akan guna awak sebaik mungkin
saya tak akan persiakan awak
saya tak akan jadikan awak sebagai perhiasan saje dekat rumah
insyaAllah ini janji saya
saya akan berpegang kepada janji
terima kasih awak
ahlan wasahlan ke rumah kami
 
 


salam ukhwah
salam satu ummah



.::tips bahagia::.


hidup selalu inginkan kebahgiaan
tanpa bahagia apalah ertinya hidup
tapi
hidup juga memerlukan dugaan
hidup tanpa dugaan 
bermakna hidup itu tidak berseni
dugaan dan bahagia saling memerlukan
barulah kita tahu makna sebuah kehidupan
andai diri di uji janganlah mengeluh
just keep smiling (^_^)
sebab Allah datangkan ujian untuk hambanya yang layak sahaja
dengan ujian juga kita boleh menilai tahap keimanan kita kepadanya
...
...
...
just to share a few tips untuk tetap bahagia if kita d timpa musibah 

janganlah bersedih, perhatikan tips kebahagiaan:

1)beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia
2)sesiapa yang inginkan ketenangan, ketenteraman dan kenyamanan, maka berzikirlah kepada Allah
3)harus mengetahui bahawa segala sesuatu itu ada qadha dan qadar
4)fikirkan semua  nikmat yang telah didapati dan bersyukurlah
5)yakin disebalik kesusahan ada kesenangan
6)janganlah marah, janganlah marah, janganlah marah
7)musibah itu dapat mengukuhkan pandangan dan hati seseorang
8)doa itu muncul dengan adanya cubaan
9)semua bencana yang menimpa adalah penghapus dosa
10)apa yang engkau miliki itu lebih banyak daripada apa yang dimiliki orang lain

...
apa-apapun semuanya kembali kepada sang pencipta
dari DIA kita datang kepada DIA kita memohon 
selepas derita pasti ada bahagia :-)



*sumber: la tahzan (dr.aidh al-qarni)


salam muhasabah 
salam satu ummah

.:: S.A.T.U::.

 
 
allah
 
allah
allah
 
allahurabbi
allahurabbi
 
padaMU aku memohon
padaMU aku berserah
 
padaMU jua aku bersujud
tiada tempat yang kusembah melainkanMU
 
allah
allah
 
allah