berjalan tanpa henti
Posted by zaimahasrar at 13:41 0 commentsBismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum
Ya Allah lame betul tak update blog, seakan hampir terlupa yang sebenarnya saya seorang 'blogger' heeee kekangan masa sebagai seorang student juga sebagai seorang anak, membataskan waktu saya untuk menulis (sebenarnya malas wink2 ^_^) sedar tak sedar saya dah berada dipertengahan sem 5, tak lame lagi da dah exam huhuhuhu cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah bila dah berada di tahun 3 nie more mature sikit, MATURE? betul ka? banyak perkara baru yang dapat, cabaran apatah lagi kan....selagi kita hidup, kita tak akan lari dari cabaran, nak tak nak kena hadapi jugak. Cuma cara pembawakan diri kita berbeza, how to handle and how to solve it!
Sebenarnya x da motif pun post kali nie, cume terasa ingin meluahkan apa yang dipendam sekian lame, apa yang di rasa pada waktu sekarang! mengharapkan KASIH ILAHI moga memberikan saya kekuatan untuk menempuh ranjau hidup yang mendatang. insyaALLAH.
Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
yang kita abaikan
Posted by zaimahasrar at 17:11 0 commentsبسم الله الرحمن الرحيم
Satu hari di Hari RayaKu lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
Mood raya masih terasa malah di corong-corong radio masih lagi aktif memutarkan lagu-lagu raya! semoga dengan kemeriahan menyambut hari raya tidak tercemar dengan perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan iman dan amal yang telah kita lakukan selama sebulan di bulan ramadhan. semoga ALLAH memelihara kita!
Dalam kerancakan menyambut lebaran kita seakan-akan sudah terlupa, malah mungkin sahaja melupakan perbuatan sunnah yang harus di lakukan tika syawal menjelma iaitu takbir! ya takbir! kalau kita perhatikan rancangan tv, malah di corong-corong radio, amat kurang memasangkan takbir, mungkin saja boleh di bilang dengan jari berbanding dengan lagu-lagu raya yang berkumandang. Amat sedih bile kita lebih mengagung-agungkan lagu-lagu berbanding takbir.
Amalan bertakbir pada 1 syawal merupakan amalan yang di syariaatkan, bermula dari sahaja terlihatnya hilal (maghrib 1 syawal) dan berakhir sehingga imam menbaca khutbah di pagi syawal. Sebagaimana firman Allah :
"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah : 185
Selain itu mengucapkan kata-kata yang indah, kata-kata selamat kepada muslimin dan muslimat sebagaimana diriwayatkan :
jubair bin nufayr & muhammad bin ziryad berkata : Apabila sahabat-sahabat nabi s.a.w bertemu pada hari raya mereka akan mengucapkan taqabbalallahu minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu) -riwayat Ahmad-
Di pagi lebaran kita disunatkan untuk memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas. Tidak semestinya baru asalkan ia merupakan pakaian yang terbaik buat kita sudah cukup. Malangnya ada sesetengah wanita yang begitu 'over' berpakaian sampaikan melupakan etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh syariaat. Terlampau nak cantik sampaikan terlupa etika berpakaian, aurat sudah dilupakan yang penting cantik! Islam tidak mengharamkan untuk berfesyen tapi biarlah berpada-pada dan menurut syariat! Biarlah nak belit-belit tudung sampai tercekik tengkok, sampai tak boleh nak bernafas, brooch pulak sampai penuh tudung, tak pe-tak pe asalkan tudung yang kita pakai tu labuh menutup dada dan tak nipis, baju pula bermacam-macam,jenis fesyen sekarang, ada yang bertingkat-tingkat macam kek kahwin, ada juga yang berlapis-lapis macam kek lapis, it's ok asalkan ia tak nipis, ketat dan warna yang di pakai tak terlampau menarik, nie tak kekadang warna yang di pakai tu, ya ampun! terangnya sampai 5km boleh nampak! (ahha just kidding!)
Semoga dengan kemeriahan menyambut kita tidak melupakan amalan-amalan sunnah yang makin kita abaikan!
salam syawal
salam kemaafan
salam satu ummah
habits
Posted by zaimahasrar at 18:54 0 comments
tok! tok! tok!
Tukang : Assalamualaikum! B-1-2?, B-1-2?
Me : Waalaikumsalam! kejap!
Tukang: Nie rumah c.zuraidah ahmad puat?
Me : C.zuraidah?nie salah umah nie, tak ade orang name zuraidah kat sini (dengan komfident aku jawap!)
Tukang : Ohhh yeke, tapi kat sini ade orng buat laporan B-1-2, lampu dapur rosak.
Me : hmmm umah sebelah kot!
Tukang : ok, tak pe lah kalau macam tu.
Me : ok.
Beberapa jam kemudian
Me : k.syah, tadi ade orang datang dia cari zuraidah, dia kata ada buat laporan pasal lampu dekat dapur rosak.
K.Syah : Habis awak cakap ape?
Me : Zaimah cakaplah dia salah umah, yelah mane ade orang nama zuraidah kat sini kan?
K.Syah : Zaimah!!!!!zuraidah tu k.chu!lah!!!
Me : hah?k.chu?tapi...
K.S yah : iyelah, k.chu tu nama samaran jerk, zuraidah name asal dia!
Me : ala...
saje mengimbau kenangan di petang-petang sambil menunggu nak berbuka puasa :-) situasi ni berlaku dalam minggu kedua saya berada di usim dan minggu pertama saya bersama housemates yang lain, tersangat lah tidak boleh melupakannya! apa tidaknya salah sendiri sebab tak taaruf housemate betul-betul, haaa...nie lah yang jadinya.
moral of the story : taaruf itu penting, taaruf adalah tunjang utama dalam usrah! taaruf bermaksud saling mengenali antara satu sama lain, sesi suai kenal. But what always happened to me is, i'm always forgot to start with taaruf!oh my GOD! kalau jumpe seseorang yang rase boleh bawak berbual, kami akan berbual, berbual dan berbual bermacam-macam cerita, tapi last-last lupe nak kenalkan nama masing-masing!oh no! that was me! T_T
Tukang : Assalamualaikum! B-1-2?, B-1-2?
Me : Waalaikumsalam! kejap!
Tukang: Nie rumah c.zuraidah ahmad puat?
Me : C.zuraidah?nie salah umah nie, tak ade orang name zuraidah kat sini (dengan komfident aku jawap!)
Tukang : Ohhh yeke, tapi kat sini ade orng buat laporan B-1-2, lampu dapur rosak.
Me : hmmm umah sebelah kot!
Tukang : ok, tak pe lah kalau macam tu.
Me : ok.
Beberapa jam kemudian
Me : k.syah, tadi ade orang datang dia cari zuraidah, dia kata ada buat laporan pasal lampu dekat dapur rosak.
K.Syah : Habis awak cakap ape?
Me : Zaimah cakaplah dia salah umah, yelah mane ade orang nama zuraidah kat sini kan?
K.Syah : Zaimah!!!!!zuraidah tu k.chu!lah!!!
Me : hah?k.chu?tapi...
K.S yah : iyelah, k.chu tu nama samaran jerk, zuraidah name asal dia!
Me : ala...
saje mengimbau kenangan di petang-petang sambil menunggu nak berbuka puasa :-) situasi ni berlaku dalam minggu kedua saya berada di usim dan minggu pertama saya bersama housemates yang lain, tersangat lah tidak boleh melupakannya! apa tidaknya salah sendiri sebab tak taaruf housemate betul-betul, haaa...nie lah yang jadinya.
moral of the story : taaruf itu penting, taaruf adalah tunjang utama dalam usrah! taaruf bermaksud saling mengenali antara satu sama lain, sesi suai kenal. But what always happened to me is, i'm always forgot to start with taaruf!oh my GOD! kalau jumpe seseorang yang rase boleh bawak berbual, kami akan berbual, berbual dan berbual bermacam-macam cerita, tapi last-last lupe nak kenalkan nama masing-masing!oh no! that was me! T_T
new ahli bait (II)
Posted by zaimahasrar at 16:44 0 commentsAssalamualaikum...apa khabar iman di sana?apa khabar hati kita?apa khabar ramadhan kita?harap-harap semuanya berada dalam keadaan yang baik dan sejahtera, hari nie dah masuk 14 ramadhan, ini bermakna ramadhan semakin lama semakin hendak meninggalkan kita, harap-harap dengan masa yang berbaki nie amal kita masih istiqamah seperti kali pertama kita menyambutnya...insyaALLAH :-)
Masih ingat lagi tak post saya yang terdahulu mengenai new ahli bait? Rasanya sudah agak lama saya membiarkan pembaca tertanya-tanya siapakah?apakah?bagaimanakah?ini manusia ke?benda ke?apa ke? hehehe bukan niat dihati untuk membiarkan pembaca tertanya-tanya tapi, orang kata seni menulis nie kekadang bila idea datang, ia akan mencurah-curah nonstop, but sometimes if its freeze ha...ketuk-ketuk kepala pun kalau tak nak keluar memang tak akan keluar heee...
Soo alhamdulillah hari ni berkesempatan nak sambung cerita
Actually, new ahli bait saya tu adalah :
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
tadaaaaaa...ini lah dia
Cantik bukan? memang tersangat bermanfaat memiliki dia apatah lagi memilikinya dalam bulan ramadhan. saat semua insan berebut-rebut meningkatkan amal ibadah kepadaNYA.
Apakah keistimewannya?
Selain terdapat tafsir-tafsir yang sudah biasa kita lihat dalam al-quran yang lain, dalam alquran miracle the references ini terdapat :
- Asbabunnuzul
eg: al-baqarah, 2:26 : di riwayatkan oleh At-Tabari bahawa Allah menurunkan ayat ini sebagai bantahan atas anggapan dan perkataan segolongan orang kafir yang ingkar terhadap al-quran yang mengatakan, "Allah malu menjadikan permisalan dengan sesuatu yang kecil dan remeh, sekecil lalat, semut, dan makhluk kecil lainnya." Sesungguhnya, hal itu tidak pantas untuk diucapkan mereka.-Khazanah Pengetahuan
eg: al-baqarah, 2:19 menahan diri dari kemunafikan. Seseorang yang memiliki sifat munafik adalah orang yang bermuka dua dan orang yang sombong. Dengan kehendak Allah, mukmin sejati akan mampu mengetahui tabiat seperti itu. Kenyataan menjelaskan bahawa para rasul Allah diberi penegrtahuan yang ditanamkan dalam diri mereka oleh Allah. Mereka mampu mengenali dan mengetahui orang-orang munafik yang menyembunyikan apa yang sebenarnya difikirkan dengan bersikap munafik serta menampilkan jati diri yang berbeza dari yang sebenarnya.-Tafsir At-Tabari
-Tafsir Ibnu Kasir
-Hadis Sahih
-Doa dan Zikir
eg: Doa ketika mendengar halilintar ( ya Allah, jangan binasakan kami dengan kemurkaanMU, jangan hancurkan kami dengan siksaanMU. Ampunkanlah kami, sebelum semua itu terjadi).-Kosakata Mukhtasar At-Tabari
-Munasabah ayat
Golongan Munafik : Pada aya-ayat yang lalu diterangkan golongan orang yang takwa dan golongan yang kafir. Pada ayat-ayat ini Allah menjelaskan manusia golongan ketiga dalam menghadapi islam. Mereka ini dasarnya terlahir dalam keadaan beriman, tetapi batinnya menolak. Golongan ini dinamakan golongan munafik. (al-baqarah, 2:19)Juga dibekalkan dengan
Yang mana dalam risalah ini menerangkan a few things about who is actually bangsa arab, kelahiran dan masa sebelum kenabiaan, masa kenabiaan dan risalah, fasa dakwah, dakwah ke thaif, isra' dan mikraj sehinggalah kepada perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai seperti perjanjian hudaibiyah, juga peperangan-peperangan yang telah berlaku seperti perang khandaq, perang bani quraizah juga terdapat korespondensi dengan beberapa raja dan amir.
See betapa completenya kitab niekan mudah untuk kita-kita or actually saya yang baru nak mendalami lebih dalam tentang tafsir-tafsir alquran. Jangan difikir atau runsing mengenai harga tetapi fikirlah dengan ilmu yang akan kita perolehi ^_^
alhamdulillah semoga jasa murni penulis kitab ini mendalam berkat dan rahmat Allah. amien.
p/s: to my dear friend ruhiyah...nah aku dah jawab siyan mu lame nunggu hehehehe
salam pengetahuan
salam satu ummah
salam ramadhan
Posted by zaimahasrar at 13:15 0 comments"wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa,
sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu,
mudah-mudahan kamu beroleh takwa,iaitu berpuasa
pada hari-hari yang ditentukan (yakni pada bulan Ramadhan)"
-al-baqarah 183 dan 184-
Alhamdulillah sedar tak sedar kita sudah berada di 10 ramadhan, ini bermakna 1 fasa telah berlalu, kini tinggal 2 fasa lagi berbaki untuk kita terus merebut keberkatan yang ada dalam bulan ramadhan. Mari kita check list diri, check list iman, apakah kita masih di tahap yang sama?makin bertambah atau makin berkurang? Bagi yang berada di tahap yang sama, ayuh kita muhasabah apakah kita mahu membiarkan ramadhan ini berlalu begitu sahaja tanpa ada rasa mahu berubah, tanpa mahu merasa betapa manis dan hebatnya hati kita di berada di bulan ini. Bagi mereka yang semakin berkurang, bangkit wahai diri, bangkitlah iman, jangan kerana sibuk dengan urusan dunia, jangan pula kerana sibuk dengan pesta 'makanan', dan jangan pula kerana sibuk dengan persiapan hari raya kita terus nak membiarkan rohani kita terus lapar tanpa ada rasa sedikit pun kekesalan di hati mahu memberi makanan kepada rohani kita? tetapi kita semakin sibuk memberi makan kepada fizikal tanpa memikirkan betapa laparnya rohani kita, betapa terseksanya rohani kita, jom kita sama-sama check diri, check list iman, sama-sama muhasabah diri.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap redha Allah,
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap redha Allah,
maka dosa-dosanya yang berlalu akan diampunkan.
Sesiapa yang melaksanakan qiam Ramadhan atas dasar iman dan mengharap redha Allah,
maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan.
Sesiapa yang melakukan qiam lailatulqadar atas dasar iman dan menharapkan redha Allah,
maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis ini menyebut jika perbuatan kita lakukan dalam bulan ramadhan atas dasar iman dan mengharapkan redha Allah maka dosa-dosa kita akan diampunkan. See betapa hebatnya bulan ramadhan, bulan keampunan. Bagi muslim yang betul-betul memahami apa itu islam apa itu iman apa itu dosa n pahala, pasti begitu ternanti-nantikan bulan keampunan ini, sebab setiap perbuatan yang kita lakukan akan dikira sebagai ibadah sekalipun kita tidur sebentar(qailulah). Antara perkara yang boleh kita lakukan sekirar bulan ramadhan, selain berpuasa, menahan lapar dan dahaga, kita juga nafsu, kita juga boleh mengakrabkan diri kita dengan al-quran.
Sayidina Uthman bin Affan berkata:
“Kalau hati kita bersih, kita tidak akan pernah kenyang daripada al-quran.
Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf al-quran padanya.”
Jom sama-sama kita rebut keberkatan yang ada dalam bulan ramadhan, kita tidak mengetahui mungkin ini ramadhan yang terakhir buat kita ! jadikan bulan ramadhan sebagai bulan untuk kita mentarbiyah dan membaiki diri untuk menjadi muslim yang hebat!
Salam ramadhan
Salam satu ummah
new ahli bait
Posted by zaimahasrar at 14:20 0 commentsalhamdulillah pada 7 ramadhan yang lalu kami sekeluraga telah menerima ahli bait yang baru
tak sangka dia akan datang secepat ini
dan tak sangka semudah itu
seperti yang selalu kita dengar benda baik perlu dipercepatkan
dan benda yang baik selalunya dengan mudah kita akan memperolehinya.
sebelum dia datang ke rumah
banyak yang perlu kami fikirkan
dan saya pernah berkata :
"mungkinkah dia akan datang?tapi bila?sempatkah aku bertemu dengan dia sebelum aku kembali ke kampus?
ummi pernah berkata :
"ummi berkenan lah dekat dia tu, cantik, mudah, senang dan bermanfaat, sesuai sangat lah untuk di jadikan sebagai ahli bait kita. Ramai orang berkenan dekat dia"
hhmmmm
dalam hati berkata :
" ya Allah tak sabar rasanya nak tengok, macam manelah rupanya ya?hope-hope aku sempatlah nak jumpa dengan dia"(^_^)
...
...
...
dan kini akhirnya kami berjaya memiliki dia
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
syukur kehadrat ilahi kerna kami sekeluarga berkesempatan memilikinya
dan ya...
semoga kehadiran dia membawa seribu satu rahmat dalam hidup kami
semoga awak tak menyesal menjadi sebahagian daripada keluarga kami ya
semoga awak boleh menjadi petunjuk dalam hidup kami
semoga awak boleh menjadi pembimbing kepada kami
dan bila saya, ummi dan abah, adik-adik saya terlalai atau terlupa
saya harap bila kami lihat awak,
kami akan cepat-cepat sedar dan insaf
kami akan segera merujuk kepada awak
dan sekarang apa yang boleh saya katakan
saya dah jatuh cinta dekat awak!!!
awak...
harap-harap awak tak menyesal menjadi ahli bait kami
insyaAllah saya akan guna awak sebaik mungkin
saya tak akan persiakan awak
saya tak akan jadikan awak sebagai perhiasan saje dekat rumah
insyaAllah ini janji saya
saya akan berpegang kepada janji
terima kasih awak
ahlan wasahlan ke rumah kami
salam ukhwah
salam satu ummah
.::tips bahagia::.
Posted by zaimahasrar at 16:11 0 commentshidup selalu inginkan kebahgiaan
tanpa bahagia apalah ertinya hidup
tapi
hidup juga memerlukan dugaan
hidup tanpa dugaan
bermakna hidup itu tidak berseni
dugaan dan bahagia saling memerlukan
barulah kita tahu makna sebuah kehidupan
andai diri di uji janganlah mengeluh
just keep smiling (^_^)
sebab Allah datangkan ujian untuk hambanya yang layak sahaja
dengan ujian juga kita boleh menilai tahap keimanan kita kepadanya
...
...
...
just to share a few tips untuk tetap bahagia if kita d timpa musibah
janganlah bersedih, perhatikan tips kebahagiaan:
1)beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia
2)sesiapa yang inginkan ketenangan, ketenteraman dan kenyamanan, maka berzikirlah kepada Allah
3)harus mengetahui bahawa segala sesuatu itu ada qadha dan qadar
4)fikirkan semua nikmat yang telah didapati dan bersyukurlah
5)yakin disebalik kesusahan ada kesenangan
6)janganlah marah, janganlah marah, janganlah marah
7)musibah itu dapat mengukuhkan pandangan dan hati seseorang
8)doa itu muncul dengan adanya cubaan
9)semua bencana yang menimpa adalah penghapus dosa
10)apa yang engkau miliki itu lebih banyak daripada apa yang dimiliki orang lain
...
apa-apapun semuanya kembali kepada sang pencipta
dari DIA kita datang kepada DIA kita memohon
selepas derita pasti ada bahagia :-)
*sumber: la tahzan (dr.aidh al-qarni)
salam muhasabah
salam satu ummah
.:: S.A.T.U::.
Posted by zaimahasrar at 20:44 0 commentsallah
allah
allah
allahurabbi
allahurabbi
padaMU aku memohon
padaMU aku berserah
padaMU jua aku bersujud
tiada tempat yang kusembah melainkanMU
allah
allah
allah
.::angan yang panjang::.
Posted by zaimahasrar at 11:43 0 commentsdalam sehari agak-agak la pernah tak kita lari dari berangan?
rasenya susah kot dalam sehari tak berangan
mesti adanya benda yang di jadikan untuk berangan
berangan nak jadi pandai lah
berangan nak jadi kaya lah
berangan nak ada rumah besar, kereta besar, pangkat yang tinggi
macam-macam lah
kadang-kadang angan-angan terlampau weird dan terlampau fantasy
susah nak di capai dek akal
macam angan-angan mat jenin
kalau asyik berangan jer tanpa usaha manalah anganan tu menjadi kenyataan
...
...
...
teringat sebuah kisah yang pernah di baca alkisahnya :
Ibnu al-jauzi meriwayatkan daripada ibrahim at-taimi (yang memperolehi daripada bapanya di dalam bukunya berjudul "sifat as-syafwah,") "Suatu hari ketika kami pergi menunaikan ibadah haji. Apabila tiba di Madinah, kami dapati Abu Dzar r.a sedang berdiri mengerjakan solat. Kami menunggu sehingga beliau selesai sembahyang. Setelah selesai mengerjakan solatnya, beliau menghadap kepada kami dan berkata:
"Saya dibelenggu oleh rasa cinta terhadap hari yang saya tidak ketahui."
Semua orang bertanya kepadanya: "Apakah hari yang engkau tidak ketahui?"
"Angan-angan yang panjang,"jawabnya.
Padahal Abu Dzar r.a yang dikenali sebagai pembesar di kalangan orang-orang zuhud, meskipun begitu beliau tetap takut kepada angan-angan yang panjang. Abu Dzar r.a berhijrah ke Raudhah pada zaman khalifah Usman bin 'Affan r.a.
...
...
...
Lihat Abu Dzar, beliau seorang pembesar yang dikagumi dengan kezuhudan masih lagi takut terhadap angan-angan yang panjang
tapi kita?
terus-terusan melayan angan yang panjang
tanpa sedar kita berada di alam reality
banyak yang perlu kita hadapi
banyak yang perlu kita lakukan
bangkitlah diri
jangan terus melayan angan yang panjang
angan yang tak sudah-sudah
"dunia ini reality, it's not a fantasy anymore!"
salam ukhwah
salam satu ummah
.::just a simple one::.
Posted by zaimahasrar at 13:14 4 commentsassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
just simple intro about myself,
name di beri 'pembukaan pemimpin bintun perhiasan'
anak sulung,
my adiks said saya seorang along yang garang (garang ker?erkkk ) dan along yang manja
ape-ape jela
garang-garang pun but i still love my siblings
much much :-)
saya garang sebab saya sayang mereka
saya tak mahu mereka mengulangi setiap kesalahan yang pernah saya lakukan
dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang
suasana seorang pendidik
mendapat pendidikan awal daripada ummi, abah
then bila dah pandai bace sikit-sikit ummi hantar pi tadika
darul quran pasir tumbuh
seterusnya bersekolah di sekolah kebangsaan kampung sireh
selama 5 tahun, jangan tanya kenapa 5 tahun jerk huhuhu
kemudian,
meneruskan langkah ke peringkat menengah di
maahad muhammadi perempuan kota bharu
di sini saya belajar banyak perkara
terlampau banyak!!!
insyaALLAH satu hari nanti bila berkesempatan
kite berkenalan dengan mmp k!
disini saya belajar mengenai
islam, iman dan ihsan
mengenali apa itu ikhlas
apa itu ukhwah
apa itu sabar
apa itu ujian
apa itu dakwah
apa itu da'ie
dan
apa tugasan kita sebagai hamba
seterusnya meneruskan langkah ke
maahad muhammadi perempuan pasir pekan
ok saya belajar dekat sini 7 bulan jerk
untuk STAM
7bulan tapi disini saya belajar
terlampau banyak
syukran atas kenangan itu :-)
dan kini saya berada di
universiti sains islam malaysia
peringkat degree pengkhususan muamalat administration
ramai orang duk tanya course ape tu?
agama ker?
kalau agama kenape?
salah ker?
andai di takdirkan saya seorang pelajaran jurusan agama
usuluddin, syariah, quran dan sunnah dan sebagainya
saya tidak menyesal
tapi bangga
sebab saya boleh belajar mengenai islam secara detail :-)
matlamat hidup saya hanya simple
...
ingin menjadi seorang anak yang solehah untuk ummi dan abah
dan seorang mukmim yang taat kepada perintah tuhannya
...
...
saya masih baru disini
segala tunjuk ajar amat di alu-alukan
segala salah dan silap harap di beri teguran yang membina ye?
salam ukhwah
salam satu ummah
.::langkahku::.
Posted by zaimahasrar at 21:05 0 commentsIni permulaan langkah ku,
setelah sekian lama memendam rasa,
setelah sekian lama memendam sepi,
maka ini lah keputusannya,
setelah tekad dengan langkah ini,
sekaliku melangkah maaf aku tidak mungkin berundur kembali…
Subscribe to:
Comments (Atom)






