Pages

yang kita abaikan


بسم الله الرحمن الرحيم

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan


Mood raya masih terasa malah di corong-corong radio masih lagi aktif memutarkan lagu-lagu raya! semoga dengan kemeriahan menyambut hari raya tidak tercemar dengan perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan iman dan amal yang telah kita lakukan selama sebulan di bulan ramadhan. semoga ALLAH memelihara kita!

Dalam kerancakan menyambut lebaran kita seakan-akan sudah terlupa, malah mungkin sahaja melupakan perbuatan sunnah yang harus di lakukan tika syawal menjelma iaitu takbir! ya takbir! kalau kita perhatikan rancangan tv, malah di corong-corong radio, amat kurang memasangkan takbir, mungkin saja boleh di bilang dengan jari berbanding dengan lagu-lagu raya yang berkumandang. Amat sedih bile kita lebih mengagung-agungkan lagu-lagu berbanding takbir. 

Amalan bertakbir pada 1 syawal merupakan amalan yang di syariaatkan, bermula dari sahaja terlihatnya hilal (maghrib 1 syawal) dan berakhir sehingga imam menbaca khutbah di pagi syawal. Sebagaimana firman Allah  :

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur."   – Surah al-Baqarah : 185


Selain itu mengucapkan kata-kata yang indah, kata-kata selamat kepada muslimin dan muslimat sebagaimana diriwayatkan :

jubair bin nufayr & muhammad bin ziryad berkata : Apabila sahabat-sahabat nabi s.a.w bertemu pada hari raya mereka akan mengucapkan taqabbalallahu minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu) -riwayat Ahmad-

Di pagi lebaran kita disunatkan untuk memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas. Tidak semestinya baru asalkan ia merupakan pakaian yang terbaik buat kita sudah cukup. Malangnya ada sesetengah wanita yang begitu 'over' berpakaian sampaikan melupakan etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh syariaat. Terlampau nak cantik sampaikan terlupa etika berpakaian, aurat sudah dilupakan yang penting cantik! Islam tidak mengharamkan untuk berfesyen tapi biarlah berpada-pada dan menurut syariat! Biarlah nak belit-belit tudung sampai tercekik tengkok, sampai  tak boleh nak bernafas, brooch pulak sampai penuh tudung, tak pe-tak pe asalkan tudung yang kita pakai tu labuh menutup dada dan tak nipis, baju pula bermacam-macam,jenis fesyen sekarang, ada yang bertingkat-tingkat macam kek kahwin, ada juga yang berlapis-lapis macam kek lapis, it's ok asalkan ia tak nipis, ketat dan warna yang di pakai tak terlampau menarik, nie tak kekadang warna yang di pakai tu, ya ampun! terangnya sampai 5km boleh nampak! (ahha just kidding!)

Semoga dengan kemeriahan menyambut kita tidak melupakan amalan-amalan sunnah yang makin kita abaikan!





salam syawal
salam kemaafan
salam satu ummah 

 


habits

tok! tok! tok!

Tukang : Assalamualaikum! B-1-2?, B-1-2?

Me : Waalaikumsalam! kejap!

Tukang: Nie rumah c.zuraidah ahmad puat?

Me : C.zuraidah?nie salah umah nie, tak ade orang name zuraidah kat sini (dengan komfident aku jawap!)

Tukang : Ohhh yeke, tapi kat sini ade orng buat laporan B-1-2, lampu dapur rosak.


Me : hmmm umah sebelah kot!


Tukang : ok, tak pe lah kalau macam tu.


Me : ok.


Beberapa jam kemudian


Me : k.syah, tadi ade orang datang dia cari zuraidah, dia kata ada buat laporan pasal lampu dekat dapur        rosak.


K.Syah : Habis awak cakap ape?


Me : Zaimah cakaplah dia salah umah, yelah mane ade orang nama zuraidah kat sini kan?


K.Syah : Zaimah!!!!!zuraidah tu k.chu!lah!!!


Me : hah?k.chu?tapi...


K.S yah : iyelah, k.chu tu nama samaran jerk, zuraidah name asal dia!


Me : ala...




saje mengimbau kenangan di petang-petang sambil menunggu nak berbuka puasa :-) situasi ni berlaku dalam minggu kedua saya berada di usim dan minggu pertama saya bersama housemates yang lain, tersangat lah tidak boleh melupakannya! apa tidaknya salah sendiri sebab tak taaruf housemate betul-betul, haaa...nie lah yang jadinya.


moral of the story : taaruf itu penting, taaruf adalah tunjang utama dalam usrah! taaruf bermaksud saling mengenali antara satu sama lain, sesi suai kenal. But what always happened to me is, i'm always forgot to start with taaruf!oh my GOD! kalau jumpe seseorang yang rase boleh bawak berbual, kami akan berbual, berbual dan berbual bermacam-macam cerita, tapi last-last lupe nak kenalkan nama masing-masing!oh no! that was me! T_T