Pages

berjalan tanpa henti

Bismillahirrahmanirrahim

 assalamualaikum



Ya Allah lame betul tak update blog, seakan hampir terlupa yang sebenarnya saya seorang 'blogger' heeee kekangan masa sebagai seorang student juga sebagai seorang anak, membataskan waktu saya untuk menulis (sebenarnya malas wink2 ^_^) sedar tak sedar saya dah berada dipertengahan sem 5, tak lame lagi da dah exam huhuhuhu cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah bila dah berada di tahun 3 nie more mature sikit, MATURE? betul ka? banyak perkara baru yang dapat, cabaran apatah lagi kan....selagi kita hidup, kita tak akan lari dari cabaran, nak tak nak kena hadapi jugak. Cuma cara pembawakan diri kita berbeza, how to handle and how to solve it! 
Sebenarnya x da motif pun post kali nie, cume terasa ingin meluahkan apa yang dipendam sekian lame, apa yang di rasa pada waktu sekarang! mengharapkan KASIH ILAHI moga memberikan saya kekuatan untuk menempuh ranjau hidup yang mendatang. insyaALLAH.




Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia





yang kita abaikan


بسم الله الرحمن الرحيم

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan


Mood raya masih terasa malah di corong-corong radio masih lagi aktif memutarkan lagu-lagu raya! semoga dengan kemeriahan menyambut hari raya tidak tercemar dengan perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan iman dan amal yang telah kita lakukan selama sebulan di bulan ramadhan. semoga ALLAH memelihara kita!

Dalam kerancakan menyambut lebaran kita seakan-akan sudah terlupa, malah mungkin sahaja melupakan perbuatan sunnah yang harus di lakukan tika syawal menjelma iaitu takbir! ya takbir! kalau kita perhatikan rancangan tv, malah di corong-corong radio, amat kurang memasangkan takbir, mungkin saja boleh di bilang dengan jari berbanding dengan lagu-lagu raya yang berkumandang. Amat sedih bile kita lebih mengagung-agungkan lagu-lagu berbanding takbir. 

Amalan bertakbir pada 1 syawal merupakan amalan yang di syariaatkan, bermula dari sahaja terlihatnya hilal (maghrib 1 syawal) dan berakhir sehingga imam menbaca khutbah di pagi syawal. Sebagaimana firman Allah  :

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur."   – Surah al-Baqarah : 185


Selain itu mengucapkan kata-kata yang indah, kata-kata selamat kepada muslimin dan muslimat sebagaimana diriwayatkan :

jubair bin nufayr & muhammad bin ziryad berkata : Apabila sahabat-sahabat nabi s.a.w bertemu pada hari raya mereka akan mengucapkan taqabbalallahu minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu) -riwayat Ahmad-

Di pagi lebaran kita disunatkan untuk memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas. Tidak semestinya baru asalkan ia merupakan pakaian yang terbaik buat kita sudah cukup. Malangnya ada sesetengah wanita yang begitu 'over' berpakaian sampaikan melupakan etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh syariaat. Terlampau nak cantik sampaikan terlupa etika berpakaian, aurat sudah dilupakan yang penting cantik! Islam tidak mengharamkan untuk berfesyen tapi biarlah berpada-pada dan menurut syariat! Biarlah nak belit-belit tudung sampai tercekik tengkok, sampai  tak boleh nak bernafas, brooch pulak sampai penuh tudung, tak pe-tak pe asalkan tudung yang kita pakai tu labuh menutup dada dan tak nipis, baju pula bermacam-macam,jenis fesyen sekarang, ada yang bertingkat-tingkat macam kek kahwin, ada juga yang berlapis-lapis macam kek lapis, it's ok asalkan ia tak nipis, ketat dan warna yang di pakai tak terlampau menarik, nie tak kekadang warna yang di pakai tu, ya ampun! terangnya sampai 5km boleh nampak! (ahha just kidding!)

Semoga dengan kemeriahan menyambut kita tidak melupakan amalan-amalan sunnah yang makin kita abaikan!





salam syawal
salam kemaafan
salam satu ummah